|
Ditulis oleh Administrator
|
|
Sunday, 20 January 2008 |
 Tn Hj Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor | Di dalam era ledakan maklumat dan perkembangan teknologi yang semakin pantas, kita memerlukan satu anjakan paradigma bagi mengaplikasikan kemahiran yang ada untuk merealisasikan perkembangan dunia pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru itu pembinaan perisian enilam versi web ini tentunya memberikan impak yang sangat besar dalam usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan masyarakat umum amnya.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jawatan kuasa pembangunan perisian enilam versi web ini dan ucapan penghargaan yang tak terhingga kepada semua Jawatan Kuasa pembangun eNILAM yang telah berjaya menghasilkan eNILAM Versi Web.
Dengan ini diharapkan agar masyarakat di seluruh dunia akan dapat mendalami apa objektif Program Nilam dan pemupukan budaya membaca sepanjang hayat dapat diwujudkan dan sekali gus boleh melahirkan warga Malaysia yang berbudaya membaca, berilmu dan berketerampilan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
| | | |
|
|
Terakhir dikemaskini ( Saturday, 20 September 2008 )
|