Laman Utama arrow Program NILAM
Pendahuluan

 

 Image

PENDAHULUAN

Budaya membaca telah berubah paksinya kerana tabiat membaca di kalangan murid pada hari ini cukup berbeza berbanding pada awal kemerdekaan negara. Murid-murid kita kini mempunyai kecenderungan memilih bahan bacaan yang bercorak hiburan berbanding ilmu pengetahuan yang boleh memandu kehidupan mereka. Ini adalah realiti yang harus diterima oleh semua pihak dalam mengharungi cabaran untuk menikmati wahana pembangunan dan kesan globalisasi.

Sememangnya budaya membaca secara aktif akan memberikan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian seperti penjanaan idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Program dan aktiviti membaca masakini perlu diubahsuai mengikut arus perdana dan trend semasa dan berfokus kepada remaja dan kanak-kanak. Semoga segala usaha dalam menjadikan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang memberi impak yang mendalam kepada jiwa dan minda mereka

Membaca pemangkin kegemilangan minda.

 
Seterusnya >